Hellooo,
As promised sy nak buat review untuk produk Sukin. Hari ni genap 1 bulan 3 hari guna produk ni. Macam mana saya tau pasal Sukin? Sy dapat tau drp ex-deskmate masa keja kat TM dulu thru FB dia. Hehehe. Dah lama mencari produk yg natural based sejak mengandung. Tambahan sekarang sy masih breastfeed Ayyi. Dah malas nak pakai produk yg terlalu byk bahan kimia ni sebab selalu rasa was2 dr segi kesihatan. So tak penah habis pakai wpun dah beli mahal2...huhu (cerita
entry sblm ni). Since review my friend tu mcm best jer, sy pun nak try :).
Setau sy Sukin ni ada jual kat Watsons dan Vitacare pharmacy. Kebetulan sy ada appointment dgn client kat Amcorp Mall last month dan ternampak ada Vitacare pharmacy kat sana. Lepas habis appointment terus terkinja-kinja pi usha. Apa yg sy beli? Taraaaaa!!
Hamik ko, sekali beli terus borong banyak2! Hahaha. Somehow sy rasa yakin produk ni akan serasi dgn kulit sy dan beli complete set terus; pencuci muka, scrub, toner, moisturiser, firming serum, night cream. Satu lg sebab sy rasa harganya sgt afforable. Total semua RM231.80. Satu set sy borong ni boleh beli sebotol miracle water SKII tu tau (seingat sy). Huhu. Selalunya produk yg less chemical atau lebih organik harganya lebih mahal. Sy paling suka bila baca label setiap satu product ni. Rasa lebih yakin dan selamat la nak tempek kat muka hari2. Muka kak ton ni dah lama tak dapat belaian yg sewajarnya sejak mengandung dulu. Huwahuwahuwa....
So selama sebulan sy sgt bersemangat pakai Sukin setiap hari, pagi dan malam. Seminggu pertama pakai produk ni mmg dah terasa best. Suka dengan bau Sukin ni. Bau dia mcm familiar jer, mcm penah pakai kat tempat facial (akak sy pun cakap menda sama). Btw, mcm sy dah bgtau dalam
entry sebelum ni, my skin condition takla bagus sgt, tp takla teruk sgt. Skin nampak improved especially dari segi kelembapan sebab muka sy kan jenis agak kering sebelum ni. Muka pun nampak lebih berseri atau bermaya, mungkin jugak sbb sy dah disiplin menjaga muka dan ikut steps sepatutnya. Jeragat takdela nampak byk perubahan postif, tapi takla makin teruk. However, recently jeragat sy nampak mcm makin pudar dan muka nampak lebih cerah sekata, tp mungkin juga sebab produk Moogoo Lightening Cream yg sy pakai. Produk organik jugak. Nanti sy review psl cream ni pulak ye. Hehe.
Setiap produk Sukin sy beli ni semua serasi dengan kulit muka kecuali pencuci muka. Sepatutnya sy kena beli jenis cream, bukan jenis foaming liquid sbb muka sy jenis kering. Tapi pakai jenis liquid ni takla rasa muka sy kering sgt pun. Rasa bersih, cuma tak terasa moist selepas cuci. So kena apply moisturiser. Yg penting muka tak naik jerawat sbb sblm ni bila pakai pencuci muka tak sesuai muka sy akan naik jerawat halus2. Semua produk ni especially moisturiser, serum dan night cream boleh pakai dlm kuantiti sikit ja dan menjmatkan. Maybe sbb byk natural oils based, so letak sikit dah cukup. Muka tak nampak berminyak, just nice. Target sy seterusnya nak beli masker muka dan eye serum dia plak. Kulit keliling mata ai ni makin kedut2 uols. Macam2 nak jaga jd org pompuan nih.
So kesimpulannya Insya Allah sy akan setia dengan Sukin dan habiskan set sy dah beli ni. Hehehe. Tiada lg pembaziran akan berlaku dan semoga muka kak ton boleh menten comel. So pada sesiapa yg teringin nak try produk Sukin ni, harap entry sy dapat membantu :).
Ok peeps, bye bye!