Hello everyone!
Entry kali ni khas untuk anda2 yang tercari2 produk penjagaan muka/badan yg organik atau lebih semulajadi, bebas kimia, selamat, murah dan best. Kenapa organik? Sejak sy mengandung dan menyusukan anak sehingga skrg, nak makan/pakai apa jer mesti pk pasal baby dulu. The power of love mmg boleh mengubah seorg ibu untuk betol2 menitikberatkan kesihatan luaran dan dalaman tubuh. Dengan adanya Pak Google dan kesedaran sendiri (tak sedar tak guna gak...hahaha) barulah kita tahu selama ni menda kita dok tonyoh kat muka dan satu badan pun ada bahan2 berbahaya yg boleh menjejaskan kesihatan kita dlm jangka masa panjang, dan secara tak langsung ada jugak efek kat baby sekiranya pregnant dan menyusukan anak. Antaranya kandungan kurang molek tersebut boleh google sendiri tentang kesan penggunaan SLS, parabens, mineral oil and etc. Kalau malas nak google klik sini.
Kulit muka sy ni idak la lawa sgt, bukan natural beauty. Malu nak tempek gambar close-up kt sini. Tgu muka dah cun baru sy tempek, kahkah. Jelesss sgt tgk kulit org lain yg naturally tulus mulus. Tp apa2 pun sy bersyukur Allah telah menciptakan sy dengan sempurna, apa lg mau kan. Sy berkulit kuning langsat, kulit jenis kering dan sedikit jer oily di T-zone, ada blackheads kat hidung dan ada jugak pigmentation (jeragat) here and there. Pigmentation sy ni sbb keturunan jugak, mak dan akak pun ada. Takla heavy sgt, tp bila makin berumur mcm makin meriah. Pigmentation sy menjadi2 time pregnant sbb hormon. Lepas bersalin kurang sket pigmentation tp kulit masih jd kusam dan nampak gelap. Salah satu sbb sy mmg hampir tak pakai apa2 langsung produk penjagaan muka time preggy. Satu lg sbb penyakit M, malas ya ampun. Sblm pregnant pun sy takla disiplin sgt apply 4 steps menjaga muka (cuci, toner, serum, moisturizer), time pregnant dan selepas bersalin lg la malas. Yg kedua sy mmg jd ragu2 nak apply sbb takut kandungan produk x selamat utk baby, so byk produk sy beli sblm pregnant tak habis pakai sampai skrg.
Masa zaman belajar degree dan master dulu sy pernah pakai few products termasuk produk Natasya dan NV. Dekat2 final year baru sy explore pakai bila kulit dah start pigmentation yg obvious. Kebetulan kawan2 pun ada pakai dan sy terpengaruh, hahaha. Dua2 produk ni mmg ada proses peeling/bleaching dan pastu muka jd tegang, licin, cerah dan berkilat semacam. Nak tau kenapa sy stop? Mula2 sy pakai Natasya. Sy stop sbb bila masuk 2nd set mcm tak berkesan dah. Untuk NV plak, masa awal2 dok Kolej 12 UPM sy dapatkan car sticker secara haram from my boyfriend so that boleh parking keta kat dalam. Tp kat sticker tu dah tulis nombor plat keta lain dengan permanent marker. Mula2 sy padam dengan air, langsung tak jd apa2. Then sy tgk toner Neutrogena and satu lg tak ingat (beli kat Watsons) ada alcohol based, so sy try tonyoh kuat2. Dakwat permanent marker tu dpt padam sikit2 jer, maybe sbb kandungan alcohol dlm toner tu tak cukup kuat. Buntu. Sekali sy terpandang toner NV sy. Taukan apa function utama toner ni? Peeling. Sy pegang car sticker tu dengan dua jari dan spray sekali jer. Tudiaaaaaaaa! Syiiuuhhhhh...dakwat permanent marker tu turun laju sekali dgn air toner tu. Terkejut berok den! Terus ai campak toner tu dlm tong sampah dan tobat taknak pakai lg produk seumpama ni sampai la skrg. Tp mekasih jugak la sbb membantu ai memadamkan dakwat tersebut dengan berkesan.
Bayangkan....betapa menghakisnya toner seumpama ni utk kulit kita. Patut la kulit boleh jd makin nipis. Tak lama pastu mmg ada keluar dlm paper psl kandungan produk2 seumpama ni yg melebihi sukatan sepatutnya atau tak sepatutnya dicampur. Kemudian baru la depa ni revise kot. Then bermula la espisod muka dah jd tak berapa lawa kesan pakai produk camni. Bila stop ada efek, kusam. Produk lain sy penah pakai SKII. 2x beli botol miracle water tu dan ada beli cream mlm utk cerahkan kulit gak. Tp kan, muka takde la jd cun pun dan bila sy stop kejap pakai muka naik jerawat sket dan kusam. Dah la harga mahai nak mampus. Dan ada lg la produk lain sy pakai yg sy dah tak ingat nak senaraikan. Isk isk isk, bila pk2 balik ntah2 dah berapa ribu aku spend beli skin care nih. Woman! Tahun lepas fenomena terbaru adalah produk Tabita. Rasa tergodaaaaa la sgt nak beli nak bg muka cantek cantek mcm depa yg pakai. Tp lepas dh byk kali buat research, ku lupakan hasrat ku sbb ku takmau pisang berbuah tiga kali. Ku tekad, pasni kalau nak hilangkan sgt pigmentation tu pi pakar kulit terus, biar diorg buat analisis dan apa2 treatment di bawah pengawasan pakar.
Tp meanwhile, sy perlukan produk yg bagus untuk menten muka sy sejak dah masuk 3 series ni. Baru la nak takut muka menggeleber dan makin hilang seri. Finally, sy terjumpa jugak 2 produk yg lebih ke arah organik, di mana sy rasa lebih selamat dan bersemangat nak apply hari2 untuk menten kesihatan dan kecantikan wajah. Hahaha, baru nak insaf jd berdisiplin. Sukin dan Moogoo, both produk keluaran Australia. Sukaaaa sgt 2 produk ni. Sukin sy dah pakai hampir sebulan, Moogoo pula dlm 2 minggu. Sy akan buat another entry pasal 2 produk ni, apa yg sy pakai dan kesannya. Tungggguuuuuu....
Till now. Bye bye!
No comments:
Post a Comment