Wednesday, January 22, 2014

Kata Kata Aluan

Bismillahirrahmanirrahim,

Finally finally finally....sy ada jugak personal blog!!! Berjuta tahniah utk diri sendiri. Dah lama sgt nak berblog tapi bertangguh-tertangguh. Blog ini adalah tempat utk sy mengomel apa sy nak mengomel. So I can write and say anything because this is my blog, this is my territory. Sy tak gila followers, tak gila attention, tak gila glamer, tak gila pujian dan tak gila sanjungan.Tujuan utama buat blog hanya utk kemudahan rujukan utk diri sendiri di masa akan datang, luahan rasa suka duka tentang kehidupan seharian dan sebagai tempat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman tentang topik2 tertentu. Sy memang minat menulis, tetapi bidang penulisan dah lama sy tinggalkan di zaman universiti (Ai penah jd pemenang anugerah hadiah sastera dewan pelajar, menulis cerpen pendek hokay. Haha. Tu pun nak berlagak). Sekiranya blog ini dpt memberi manfaat kepada anda, Alhamdulillah....sedikit pahala utk sy jadikan bekalan ke sana kelak. Sekiranya tiba2 blog ni ada haters, maksudnya ahkak dah fofular ala2 retis gitu...sebab biasanya retis2 fofular jer ada haters. Hahahaha. So sapa suka boleh baca, sapa tak suka sila hijrah ke blog lain ye drp membuat dosa online (ayat skema sapa la ni).

Akhir kata marilah kita berblog secara sihat dan bertamadun, peaceee!

No comments:

Post a Comment