Bila menjadi sorg ibu, tak sah kalau tak bercakap tentang anak kan? This is my firstborn child, Zul Qushayyi, amanah dan anugerah terindah kurniaan Allah SWT.
Zul Qushayyi bermaksud Yang Mempunyai Pemikiran Jauh. He was born on 23rd July, 330pm. Semalam genap umur Ayyi 1 tahun 6 bulan. Alhamdulillah, sy juga masih diberi rezeki untuk fully bf Ayyi sehingga sekarang, dan semoga ada lg rezeki untuk Ayyi sehingga umur 2 tahun.
Fyi, kami jaga Ayyi sendiri. Bak kata kawan2 baik sy, Ayyi ditatang bagai minyak yg penuh...hehe. Iyelah, mamanya freelance, keja ikut waktu sendiri dan byk work from home. Ayahnya pula cuti belajar sepenuh masa selama 3 tahun (study DBA) sejak sy pregnant Ayyi sehingga skrg. Mr hubby yang tak benarkan Ayyi dihantar ke nursery atau baby sitter, nak jaga sendiri. Dia tak perlu hadir kelas, hanya buat dissertation dr rumah dan jumpa lecturer sekali sekala. Mula2 kurang yakin, Alhamdulillah dia mmg boleh jaga Ayyi sekejap dalam 3-5 jam bila sy keluar jumpa clients. Skrg pun Ayyi lsg tak heran bila sy keluar dan balik kerja, seronok duduk dgn ayah dia. Duduk separuh hari pun takpa. Tapi malam tetap cari mama la nak mengempeng time tido. Lepas hubby habis belajar baru la nak pk sama ada hantar Ayyi ke playschool atau amik maid, tengok lah mcm mana.
Kami seronok diberi peluang menyaksikan perkembangan Ayyi sendiri sejak dia lahir sehingga skrg. Kami ada catatkan perkembangan Ayyi seperti di bawah:
1) Meniarap - 2.5 bulan
2) Gelak apabila diagah - 2.5 bulan
3) Capai dan genggam objek - 4 bulan
4) Fokus tgk tv - 6.5 bulan
5) Minum guna sippy cup sendiri - 7 bulan
6) Duduk tanpa sokongan - 7.5 bulan
7) Mengensot - 8 bulan
8) Duduk sendiri drp meniarap - 8.5 bulan
9) Jalan meniti (cruising) - 8.5 bulan
10) Wean off bottle (hanya pakai cups) - 9 bulan
11) Start flash card - 9 bulan
12) Bye2 - 9 bulan
13) Merangkak - 9.5 bulan
14) Start faham other instructions (salam, kiss, amik bola, main games teka2, baca doa and etc) - 10 bulan
15) Pandai turun katil sendiri - 10.5 bulan
16) Berdiri lepas tangan - 10.5 bulan
17) Start menapak (tatih) - 12.5 bulan
18) Pandai pegang pen/pensel menconteng - 15 bulan
19) Hafal anggota badan - 15 bulan
20) Makan tanpa perlu blend - 15.5 bulan
21) Suap makanan dlm mulut sendiri - 16.5 bulan
22) Hafal alif ba ta sampai ya - 17 bulan
23) Tiru bunyi animals - 17 bulan
24) Hafal 1-10 dan A-Z - 18 bulan
25) Boleh sebut > 10-20 perkataan - 18 bulan
Dalam banyak2 perkataan dia boleh sebut, dia masih belum sebut mama dan ayah secara spontan :P. Bila kita tanya ni apa, ni apa (contoh star, bear, cat, two, eight) dia akan sebut. Bila suruh sebut mama ayah dia senyap. Hahaha. Hanya terdengar dia sebut mama bila dia mengamuk atau menangis. But its okay, mama dia x kisah pun. Slowly but surely Insya Allah dia akan sebut dan pandai bercakap. Time tu sure jenuh nak layan pulak.
Btw, catatan perkembangan Ayyi ini adalah sbg rujukan peribadi sy sendiri, tiada niat untuk compare dengan sesiapa. Sy tidak pernah comparekan anak sy dengan org lain, melainkan individu itu sendiri bertanya. Sy tak suka sikap membanding2kan baby dengan baby lain (mmg pantang dan meluat) sebab setiap baby ada perkembangan tersendiri dan byk faktor yg mempengaruhi. Mana boleh semua nak sama. Cepat atau lambat perkembangan seorg baby seperti bercakap atau berjalan bukan ukuran kejayaan baby tersebut in the future. So mak ayah, atuk nenek, makcik pakcik, kawan2, chill ya. Unless progress tersebut benar2 di bawah tahap standard perkembangan baby/kanak2 then baru lah kita perlu risau dan refer kepada pakar. Sila rujuk buku kesihatan anak-anak, ada panduan.
Ok, sampai sini saja. Semoga Allah SWT akan sentiasa memberikan Zul Qushayyi kesihatan yg baik dan melindungi Zul Qushayyi drpd segala perkara tidak diingini, tidak kira di mana dia berada. Later ada masa nak buat post pengalaman semasa mengandung dan melahirkan Ayyi. Syg sungguh malas nak berblogging sblm ni. Banyak simpan kenangan dalam kepala yg entah kekal sampai bila. Kang memory dah penuh kena delete gak, hahaha. So better jot down or save somewhere. Ok, bye bye!
No comments:
Post a Comment