Friday, January 24, 2014

About Me

Secara ringkasnya blog ini adalah kepunyaan seorg wanita yg berumur awal 30an yg kini kembali berminat untuk menulis dan menjadikan blog ini sebagai tempat untuk mengomel dan berkongsi cerita/info. Sy mendapat pendidikan awal di Tabika Londang, Melaka. Kemudian sempat darjah satu di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Beringin, Melaka dalam beberapa bulan jer. Lepas tu family berpindah from Londang ke Tanjung Minyak, lebih dekat dengan bandar. Sy sambung belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka sampai darjah enam. Lepas UPSR, sy dapat offer dan belajar di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan, Pahang. Lepas SPM pula Alhamdulillah dpt offer sambung pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dlm bidang Kejuruteraan Bioperubatan. Sy jumpa cinta pertama dan suami sy di bumi UM :). 

Lepas degree sy masih belum terasa mahu bekerja. So sy decide untuk sambung belajar dlm Master Business Administration di UPM. Ya, bidang yg berlainan, tp sy sgt suka dan gembira dgn keputusan sy. MBA adalah untuk semua, bukan utk background business sahaja. Habis Master, sy pernah bekerja sekejap di forex company dan post graduate company dalam 6 bulan sahaja. Finally, sy dimurahkan rezeki dpt bekerja di TMNet Cyberjaya dlm bidang yg sy minati from Oct 2007 to Dec 2010. Last post sy di TM adalah selaku manager, then sy resigned dan bekerja sbg fulltime unit trust consultant sampai sekarang. Alhamdulillah, sy gembira dgn pekerjaan sy skrg, flexible dan memberi sy byk peluang untuk spend masa dengan keluarga tercinta. Family is my first priority. 

Sy berkahwin pd Nov 2009, dan dikurniakan seorg cahaya mata lelaki pada July 2012. My little one berusia 1 tahun 6 bulan skrg. Sy dan husband sgt2 suka dan sayangkan kucing, kami ada 3 ekor kucing (asalnya 5, tapi 2 ekor x panjang umur) yg kami dah anggap seperti family. Hobi sy? Hobi sy agak terhad bila dah ada anak, hahaha. Siapa yg ada anak, fully jaga anak sendiri dan work from home tau2 la mcm mana kelam kabut dan penatnya. Ikutkan sy dan husband suka tgk wyg, travel, memasak dan beriadah. Satu benda yg sy tak pernah tinggal dan semakin obsess adalah membaca dan membaca especially info berkaitan parenting, penjagaan anak dan kesihatan keluarga. Sy tak perfect dan takkan perfect, sy hanya mahu memberikan yg terbaik kpd keluarga. Bg sy ilmu itu sangat penting dan pembelajaran adalah seumur hidup, bukan hanya di universiti. Bila menjadi sorg isteri dan ibu, automatic anda adalah segalanya untuk keluarga. Anda lah si pemerah susu (bf atau fm), supir, tukang masak, bibik, jururawat, tukang survey barang, cikgu, ustazah, penasihat kewangan dan etc. Tak perlu jd pakar, cukup tahu serba sedikit untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin drp mengikut atau menyerahkan hal tersebut bulat2 kpd org lain. Dengan dunia tanpa sempadan dan info di hujung jari, banyak maklumat boleh dikongsi bersama, tetapi anda harus bijak untuk menapis semua input tersebut. 

Ok, setakat ini tentang empunya blog. Bye bye! 




No comments:

Post a Comment