Hari ni dah masuk hari ke 3, tapi MH370 masih belum dapat dikesan dan hilang. Allahu, sayunya hati. Hampir setiap hari dok refresh news feed kat FB untuk dapatkan status terkini. Kdg2 dapat la tengok PC kat TV bila Ayyi ralit main menda lain. Kalau tak dia la konker TV tgk BabyTV.
Dalam senarai penumpang, ada dua kenalan kami kenal. Seorg kawan kpd husband time sekolah rendah. Beliau PTD dan sepatutnya melaporkan diri ke tempat keja baru di Beijing. Beliau sempat bergambar ceria bersama ibu beliau sebelum menaiki pesawat. Rasa sentap bila baca caption beliau pada gambar tersebut :(. Macam tau2 akan dilanda musibah...entahkan akan selamat pulang atau tidak. Seorg lagi adalah isteri kepada kenalan sy time bekerja di TM dulu. Wpun tak berapa rapat, dulu ada satu ketika selalu meeting dgn husband beliau dan kenal baik. Kesian husband dan anak2 beliau...sayu bila tengok dia menangis di kaca TV dan akhbar. Mereka diuji dengan ujian sehebat ini. Kdg2 sy terfikir, bagaimana pula jika kita atau ahli keluarga kita juga berada di dalam pesawat yg sama? Nau'zubillah...terbit rasa syukur yg amat kerana Allah masih meminjamkan sy kpd keluarga, dan meminjamkan ahli keluarga yg sy sayangi kpd sy. Panjangkanlah lagi jodoh kami Ya Allah, lindungilah kami selalu drp segala bentuk musibah yg tidak diingini, ameen.
Kelmarin dan smlm sy tdo jam 2-3 pagi, baca kisah Adam Air Indonesia, pesawat MH terhempas di Tanjung Kupang Johor dan helikopter yang terhempas di Bario Sarawak. Seram, ngeri dan banyak sangat persoalan yang bermain di fikiran. Dulu tak pernah nak amik tau pun pasal air crashed ni secara details. Bila dah baca, rasa terkesan di hati dan baru tau bukan mudah untuk pihak yg terlibat menangani situasi sebegini. Ya Allah, di manakah pesawat MH370 sekarang? Hanya Engkau Maha Mengetahui. Tunjukkanlah kami di mana ia berada Ya Allah....dan semoga kesemua penumpang dan anak kapal masih dalam keadaan selamat. Hanya dengan izin Allah, apa sahaja boleh berlaku, dan kita masih mengharapkan keajaiban wpun kebarangkalian tipis.
Dalam keadaan skrg juga, mmg cukup menyampah dengan keyboard warriors yg takde sensitiviti dan berlumba2 tunjuk pandai dan hero dalam menyampaikan maklumat di sosial media. Berlagak nak tunjuk cerdik, tapi drp nak buat org kagum, orang sebaliknya terus meluat dan benci. Paling benci dengan org yg mengambil kesempatan untuk mempolitikkan isu ini dan dengan angkuhnya mempersoalkan kredibiliti dan tindakan pihak yg terlibat dalam SAR. Hang cakap mcm hang la pakar and Mr or Mrs-Know-It-All! Padahal sumber yg dirujuk pun rambang dan tiada kesahihan. Dengan angkuh dok kata MH370 CONFIRM terhempas dalam air dan kerajaan cuba lengah-lengahkan dan lembap. Macam mana confirm kalau tade bukti? Bila mintak bukti dia pun takde. Puiii...! Frankly speaking, sy pun rasa tak puas hati sbb byk persoalan sy tak terjawab bila tengok PC yg diadakan. Tapi sy faham terlalu byk sop, protokol, siasatan dan etc harus dilakukan oleh pihak tertentu. Its complicated, tambah2 dgn byk spekulasi yg akan membuatkan siasatan kucar kacir. Drp nak menyalak tak tentu hala kt media sosial tanpa bukti atau sumber yg sahih, better you shut up your mouth.
Semoga hari esok akan ada berita baik tentang MH370. Masih berharap...dan akan terus berdoa.
#prayformh370
No comments:
Post a Comment