Wednesday, January 29, 2014

Pencarian Produk Penjagaan Muka Yang Sesuai

Hello everyone! 

Entry kali ni khas untuk anda2 yang tercari2 produk penjagaan muka/badan yg organik atau lebih semulajadi, bebas kimia, selamat, murah dan best. Kenapa organik? Sejak sy mengandung dan menyusukan anak sehingga skrg, nak makan/pakai apa jer mesti pk pasal baby dulu. The power of love mmg boleh mengubah seorg ibu untuk betol2 menitikberatkan kesihatan luaran dan dalaman tubuh. Dengan adanya Pak Google dan kesedaran sendiri (tak sedar tak guna gak...hahaha) barulah kita tahu selama ni menda kita dok tonyoh kat muka dan satu badan pun ada bahan2 berbahaya yg boleh menjejaskan kesihatan kita dlm jangka masa panjang, dan secara tak langsung ada jugak efek kat baby sekiranya pregnant dan menyusukan anak. Antaranya kandungan kurang molek tersebut boleh google sendiri tentang kesan penggunaan SLS, parabens, mineral oil and etc. Kalau malas nak google klik sini

Kulit muka sy ni idak la lawa sgt, bukan natural beauty. Malu nak tempek gambar close-up kt sini. Tgu muka dah cun baru sy tempek, kahkah. Jelesss sgt tgk kulit org lain yg naturally tulus mulus. Tp apa2 pun sy bersyukur Allah telah menciptakan sy dengan sempurna, apa lg mau kan. Sy berkulit kuning langsat, kulit jenis kering dan sedikit jer oily di T-zone, ada blackheads kat hidung dan ada jugak pigmentation (jeragat) here and there. Pigmentation sy ni sbb keturunan jugak, mak dan akak pun ada. Takla heavy sgt, tp bila makin berumur mcm makin meriah. Pigmentation sy menjadi2 time pregnant sbb hormon. Lepas bersalin kurang sket pigmentation tp kulit masih jd kusam dan nampak gelap. Salah satu sbb sy mmg hampir tak pakai apa2 langsung produk penjagaan muka time preggy. Satu lg sbb penyakit M, malas ya ampun. Sblm pregnant pun sy takla disiplin sgt apply 4 steps menjaga muka (cuci, toner, serum, moisturizer), time pregnant dan selepas bersalin lg la malas. Yg kedua sy mmg jd ragu2 nak apply sbb takut kandungan produk x selamat utk baby, so byk produk sy beli sblm pregnant tak habis pakai sampai skrg. 

Masa zaman belajar degree dan master dulu sy pernah pakai few products termasuk produk Natasya dan NV. Dekat2 final year baru sy explore pakai bila kulit dah start pigmentation yg obvious. Kebetulan kawan2 pun ada pakai dan sy terpengaruh, hahaha. Dua2 produk ni mmg ada proses peeling/bleaching dan pastu muka jd tegang, licin, cerah dan berkilat semacam. Nak tau kenapa sy stop? Mula2 sy pakai Natasya. Sy stop sbb bila masuk 2nd set mcm tak berkesan dah. Untuk NV plak, masa awal2 dok Kolej 12 UPM sy dapatkan car sticker secara haram from my boyfriend so that boleh parking keta kat dalam. Tp kat sticker tu dah tulis nombor plat keta lain dengan permanent marker. Mula2 sy padam dengan air, langsung tak jd apa2. Then sy tgk toner Neutrogena and satu lg tak ingat (beli kat Watsons) ada alcohol based, so sy try tonyoh kuat2. Dakwat permanent marker tu dpt padam sikit2 jer, maybe sbb kandungan alcohol dlm toner tu tak cukup kuat. Buntu. Sekali sy terpandang toner NV sy. Taukan apa function utama toner ni? Peeling. Sy pegang car sticker tu dengan dua jari dan spray sekali jer. Tudiaaaaaaaa! Syiiuuhhhhh...dakwat permanent marker tu turun laju sekali dgn air toner tu. Terkejut berok den! Terus ai campak toner tu dlm tong sampah dan tobat taknak pakai lg produk seumpama ni sampai la skrg. Tp mekasih jugak la sbb membantu ai memadamkan dakwat tersebut dengan berkesan. 

Bayangkan....betapa menghakisnya toner seumpama ni utk kulit kita. Patut la kulit boleh jd makin nipis. Tak lama pastu mmg ada keluar dlm paper psl kandungan produk2 seumpama ni yg melebihi sukatan sepatutnya atau tak sepatutnya dicampur. Kemudian baru la depa ni revise kot. Then bermula la espisod muka dah jd tak berapa lawa kesan pakai produk camni. Bila stop ada efek, kusam. Produk lain sy penah pakai SKII. 2x beli botol miracle water tu dan ada beli cream mlm utk cerahkan kulit gak. Tp kan, muka takde la jd cun pun dan bila sy stop kejap pakai muka naik jerawat sket dan kusam. Dah la harga mahai nak mampus. Dan ada lg la produk lain sy pakai yg sy dah tak ingat nak senaraikan. Isk isk isk, bila pk2 balik ntah2 dah berapa ribu aku spend beli skin care nih. Woman! Tahun lepas fenomena terbaru adalah produk Tabita. Rasa tergodaaaaa la sgt nak beli nak bg muka cantek cantek mcm depa yg pakai. Tp lepas dh byk kali buat research, ku lupakan hasrat ku sbb ku takmau pisang berbuah tiga kali. Ku tekad, pasni kalau nak hilangkan sgt pigmentation tu pi pakar kulit terus, biar diorg buat analisis dan apa2 treatment di bawah pengawasan pakar. 

Tp meanwhile, sy perlukan produk yg bagus untuk menten muka sy sejak dah masuk 3 series ni. Baru la nak takut muka menggeleber dan makin hilang seri. Finally, sy terjumpa jugak 2 produk yg lebih ke arah organik, di mana sy rasa lebih selamat dan bersemangat nak apply hari2 untuk menten kesihatan dan kecantikan wajah. Hahaha, baru nak insaf jd berdisiplin. Sukin dan Moogoo, both produk keluaran Australia. Sukaaaa sgt 2 produk ni. Sukin sy dah pakai hampir sebulan, Moogoo pula dlm 2 minggu. Sy akan buat another entry pasal 2 produk ni, apa yg sy pakai dan kesannya. Tungggguuuuuu....

Till now. Bye bye!

Friday, January 24, 2014

Zul Qushayyi Is 18 Months Old

Bila menjadi sorg ibu, tak sah kalau tak bercakap tentang anak kan? This is my firstborn child, Zul Qushayyi, amanah dan anugerah terindah kurniaan Allah SWT. 


Zul Qushayyi bermaksud Yang Mempunyai Pemikiran Jauh. He was born on 23rd July, 330pm. Semalam genap umur Ayyi 1 tahun 6 bulan. Alhamdulillah, sy juga masih diberi rezeki untuk fully bf Ayyi sehingga sekarang, dan semoga ada lg rezeki untuk Ayyi sehingga umur 2 tahun. 

Fyi, kami jaga Ayyi sendiri. Bak kata kawan2 baik sy, Ayyi ditatang bagai minyak yg penuh...hehe. Iyelah, mamanya freelance, keja ikut waktu sendiri dan byk work from home. Ayahnya pula cuti belajar sepenuh masa selama 3 tahun (study DBA) sejak sy pregnant Ayyi sehingga skrg. Mr hubby yang tak benarkan Ayyi dihantar ke nursery atau baby sitter, nak jaga sendiri. Dia tak perlu hadir kelas, hanya buat dissertation dr rumah dan jumpa lecturer sekali sekala. Mula2 kurang yakin, Alhamdulillah dia mmg boleh jaga Ayyi sekejap dalam 3-5 jam bila sy keluar jumpa clients. Skrg pun Ayyi lsg tak heran bila sy keluar dan balik kerja, seronok duduk dgn ayah dia. Duduk separuh hari pun takpa. Tapi malam tetap cari mama la nak mengempeng time tido. Lepas hubby habis belajar baru la nak pk sama ada hantar Ayyi ke playschool atau amik maid, tengok lah mcm mana. 

Kami seronok diberi peluang menyaksikan perkembangan Ayyi sendiri sejak dia lahir sehingga skrg. Kami ada catatkan perkembangan Ayyi seperti di bawah:

1) Meniarap - 2.5 bulan
2) Gelak apabila diagah - 2.5 bulan
3) Capai dan genggam objek - 4 bulan
4) Fokus tgk tv - 6.5 bulan
5) Minum guna sippy cup sendiri - 7 bulan
6) Duduk tanpa sokongan - 7.5 bulan
7) Mengensot - 8 bulan
8) Duduk sendiri drp meniarap - 8.5 bulan
9) Jalan meniti (cruising) - 8.5 bulan
10) Wean off bottle (hanya pakai cups) - 9 bulan
11) Start flash card - 9 bulan
12) Bye2 - 9 bulan
13) Merangkak - 9.5 bulan
14) Start faham other instructions (salam, kiss, amik bola, main games teka2, baca doa and etc) - 10 bulan
15) Pandai turun katil sendiri - 10.5 bulan
16) Berdiri lepas tangan - 10.5 bulan
17) Start menapak (tatih) - 12.5 bulan
18) Pandai pegang pen/pensel menconteng - 15 bulan
19) Hafal anggota badan - 15 bulan
20) Makan tanpa perlu blend - 15.5 bulan
21) Suap makanan dlm mulut sendiri - 16.5 bulan
22) Hafal alif ba ta sampai ya - 17 bulan
23) Tiru bunyi animals - 17 bulan
24) Hafal 1-10 dan A-Z - 18 bulan
25) Boleh sebut > 10-20 perkataan - 18 bulan

Dalam banyak2 perkataan dia boleh sebut, dia masih belum sebut mama dan ayah secara spontan :P. Bila kita tanya ni apa, ni apa (contoh star, bear, cat, two, eight) dia akan sebut. Bila suruh sebut mama ayah dia senyap. Hahaha. Hanya terdengar dia sebut mama bila dia mengamuk atau menangis. But its okay, mama dia x kisah pun. Slowly but surely Insya Allah dia akan sebut dan pandai bercakap. Time tu sure jenuh nak layan pulak. 

Btw, catatan perkembangan Ayyi ini adalah sbg rujukan peribadi sy sendiri, tiada niat untuk compare dengan sesiapa. Sy tidak pernah comparekan anak sy dengan org lain, melainkan individu itu sendiri bertanya. Sy tak suka sikap membanding2kan baby dengan baby lain (mmg pantang dan meluat) sebab setiap baby ada perkembangan tersendiri dan byk faktor yg mempengaruhi. Mana boleh semua nak sama. Cepat atau lambat perkembangan seorg baby seperti bercakap atau berjalan bukan ukuran kejayaan baby tersebut in the future. So mak ayah, atuk nenek, makcik pakcik, kawan2, chill ya. Unless progress tersebut benar2 di bawah tahap standard perkembangan baby/kanak2 then baru lah kita perlu risau dan refer kepada pakar. Sila rujuk buku kesihatan anak-anak, ada panduan. 

Ok, sampai sini saja. Semoga Allah SWT akan sentiasa memberikan Zul Qushayyi kesihatan yg baik dan melindungi Zul Qushayyi drpd segala perkara tidak diingini, tidak kira di mana dia berada. Later ada masa nak buat post pengalaman semasa mengandung dan melahirkan Ayyi. Syg sungguh malas nak berblogging sblm ni. Banyak simpan kenangan dalam kepala yg entah kekal sampai bila. Kang memory dah penuh kena delete gak, hahaha. So better jot down or save somewhere. Ok, bye bye!





About Me

Secara ringkasnya blog ini adalah kepunyaan seorg wanita yg berumur awal 30an yg kini kembali berminat untuk menulis dan menjadikan blog ini sebagai tempat untuk mengomel dan berkongsi cerita/info. Sy mendapat pendidikan awal di Tabika Londang, Melaka. Kemudian sempat darjah satu di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Beringin, Melaka dalam beberapa bulan jer. Lepas tu family berpindah from Londang ke Tanjung Minyak, lebih dekat dengan bandar. Sy sambung belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka sampai darjah enam. Lepas UPSR, sy dapat offer dan belajar di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan, Pahang. Lepas SPM pula Alhamdulillah dpt offer sambung pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dlm bidang Kejuruteraan Bioperubatan. Sy jumpa cinta pertama dan suami sy di bumi UM :). 

Lepas degree sy masih belum terasa mahu bekerja. So sy decide untuk sambung belajar dlm Master Business Administration di UPM. Ya, bidang yg berlainan, tp sy sgt suka dan gembira dgn keputusan sy. MBA adalah untuk semua, bukan utk background business sahaja. Habis Master, sy pernah bekerja sekejap di forex company dan post graduate company dalam 6 bulan sahaja. Finally, sy dimurahkan rezeki dpt bekerja di TMNet Cyberjaya dlm bidang yg sy minati from Oct 2007 to Dec 2010. Last post sy di TM adalah selaku manager, then sy resigned dan bekerja sbg fulltime unit trust consultant sampai sekarang. Alhamdulillah, sy gembira dgn pekerjaan sy skrg, flexible dan memberi sy byk peluang untuk spend masa dengan keluarga tercinta. Family is my first priority. 

Sy berkahwin pd Nov 2009, dan dikurniakan seorg cahaya mata lelaki pada July 2012. My little one berusia 1 tahun 6 bulan skrg. Sy dan husband sgt2 suka dan sayangkan kucing, kami ada 3 ekor kucing (asalnya 5, tapi 2 ekor x panjang umur) yg kami dah anggap seperti family. Hobi sy? Hobi sy agak terhad bila dah ada anak, hahaha. Siapa yg ada anak, fully jaga anak sendiri dan work from home tau2 la mcm mana kelam kabut dan penatnya. Ikutkan sy dan husband suka tgk wyg, travel, memasak dan beriadah. Satu benda yg sy tak pernah tinggal dan semakin obsess adalah membaca dan membaca especially info berkaitan parenting, penjagaan anak dan kesihatan keluarga. Sy tak perfect dan takkan perfect, sy hanya mahu memberikan yg terbaik kpd keluarga. Bg sy ilmu itu sangat penting dan pembelajaran adalah seumur hidup, bukan hanya di universiti. Bila menjadi sorg isteri dan ibu, automatic anda adalah segalanya untuk keluarga. Anda lah si pemerah susu (bf atau fm), supir, tukang masak, bibik, jururawat, tukang survey barang, cikgu, ustazah, penasihat kewangan dan etc. Tak perlu jd pakar, cukup tahu serba sedikit untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin drp mengikut atau menyerahkan hal tersebut bulat2 kpd org lain. Dengan dunia tanpa sempadan dan info di hujung jari, banyak maklumat boleh dikongsi bersama, tetapi anda harus bijak untuk menapis semua input tersebut. 

Ok, setakat ini tentang empunya blog. Bye bye! 




Wednesday, January 22, 2014

Kata Kata Aluan

Bismillahirrahmanirrahim,

Finally finally finally....sy ada jugak personal blog!!! Berjuta tahniah utk diri sendiri. Dah lama sgt nak berblog tapi bertangguh-tertangguh. Blog ini adalah tempat utk sy mengomel apa sy nak mengomel. So I can write and say anything because this is my blog, this is my territory. Sy tak gila followers, tak gila attention, tak gila glamer, tak gila pujian dan tak gila sanjungan.Tujuan utama buat blog hanya utk kemudahan rujukan utk diri sendiri di masa akan datang, luahan rasa suka duka tentang kehidupan seharian dan sebagai tempat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman tentang topik2 tertentu. Sy memang minat menulis, tetapi bidang penulisan dah lama sy tinggalkan di zaman universiti (Ai penah jd pemenang anugerah hadiah sastera dewan pelajar, menulis cerpen pendek hokay. Haha. Tu pun nak berlagak). Sekiranya blog ini dpt memberi manfaat kepada anda, Alhamdulillah....sedikit pahala utk sy jadikan bekalan ke sana kelak. Sekiranya tiba2 blog ni ada haters, maksudnya ahkak dah fofular ala2 retis gitu...sebab biasanya retis2 fofular jer ada haters. Hahahaha. So sapa suka boleh baca, sapa tak suka sila hijrah ke blog lain ye drp membuat dosa online (ayat skema sapa la ni).

Akhir kata marilah kita berblog secara sihat dan bertamadun, peaceee!