Monday, March 10, 2014

MH370, Please Come Back...

Hari ni dah masuk hari ke 3, tapi MH370 masih belum dapat dikesan dan hilang. Allahu, sayunya hati. Hampir setiap hari dok refresh news feed kat FB untuk dapatkan status terkini. Kdg2 dapat la tengok PC kat TV bila Ayyi ralit main menda lain. Kalau tak dia la konker TV tgk BabyTV. 

Dalam senarai penumpang, ada dua kenalan kami kenal. Seorg kawan kpd husband time sekolah rendah. Beliau PTD dan sepatutnya melaporkan diri ke tempat keja baru di Beijing. Beliau sempat bergambar ceria bersama ibu beliau sebelum menaiki pesawat. Rasa sentap bila baca caption beliau pada gambar tersebut :(. Macam tau2 akan dilanda musibah...entahkan akan selamat pulang atau tidak. Seorg lagi adalah isteri kepada kenalan sy time bekerja di TM dulu. Wpun tak berapa rapat, dulu ada satu ketika selalu meeting dgn husband beliau dan kenal baik. Kesian husband dan anak2 beliau...sayu bila tengok dia menangis di kaca TV dan akhbar. Mereka diuji dengan ujian sehebat ini. Kdg2 sy terfikir, bagaimana pula jika kita atau ahli keluarga kita juga berada di dalam pesawat yg sama? Nau'zubillah...terbit rasa syukur yg amat kerana Allah masih meminjamkan sy kpd keluarga, dan meminjamkan ahli keluarga yg sy sayangi kpd sy. Panjangkanlah lagi jodoh kami Ya Allah, lindungilah kami selalu drp segala bentuk musibah yg tidak diingini, ameen. 

Kelmarin dan smlm sy tdo jam 2-3 pagi, baca kisah Adam Air Indonesia, pesawat MH terhempas di Tanjung Kupang Johor dan helikopter yang terhempas di Bario Sarawak. Seram, ngeri dan banyak sangat persoalan yang bermain di fikiran. Dulu tak pernah nak amik tau pun pasal air crashed ni secara details. Bila dah baca, rasa terkesan di hati dan baru tau bukan mudah untuk pihak yg terlibat menangani situasi sebegini. Ya Allah, di manakah pesawat MH370 sekarang? Hanya Engkau Maha Mengetahui. Tunjukkanlah kami di mana ia berada Ya Allah....dan semoga kesemua penumpang dan anak kapal masih dalam keadaan selamat. Hanya dengan izin Allah, apa sahaja boleh berlaku, dan kita masih mengharapkan keajaiban wpun kebarangkalian tipis. 

Dalam keadaan skrg juga, mmg cukup menyampah dengan keyboard warriors yg takde sensitiviti dan berlumba2 tunjuk pandai dan hero dalam menyampaikan maklumat di sosial media. Berlagak nak tunjuk cerdik, tapi drp nak buat org kagum, orang sebaliknya terus meluat dan benci. Paling benci dengan org yg mengambil kesempatan untuk mempolitikkan isu ini dan dengan angkuhnya mempersoalkan kredibiliti dan tindakan pihak yg terlibat dalam SAR.  Hang cakap mcm hang la pakar and Mr or Mrs-Know-It-All! Padahal sumber yg dirujuk pun rambang dan tiada kesahihan. Dengan angkuh dok kata MH370 CONFIRM terhempas dalam air dan kerajaan cuba lengah-lengahkan dan lembap. Macam mana confirm kalau tade bukti? Bila mintak bukti dia pun takde. Puiii...! Frankly speaking, sy pun rasa tak puas hati sbb byk persoalan sy tak terjawab bila tengok PC yg diadakan. Tapi sy faham terlalu byk sop, protokol, siasatan dan etc harus dilakukan oleh pihak tertentu. Its complicated, tambah2 dgn byk spekulasi yg akan membuatkan siasatan kucar kacir. Drp nak menyalak tak tentu hala kt media sosial tanpa bukti atau sumber yg sahih, better you shut up your mouth.  

Semoga hari esok akan ada berita baik tentang MH370. Masih berharap...dan akan terus berdoa. 

#prayformh370

Saturday, February 8, 2014

Bila Anak Mula Panggil Mama

Semalam 1st time la Zul Qushayyi panggil mama dengan clear. Smlm sy tanya dia banyak kali, "Ini siapa?", sambil tunjuk pd diri sy. Mcm biasa dia jawab dengan lembut,"Ma ma". Uiii, mmg rasa bahagia sgt bila dia kali pertama panggil kita mama. Rasa nak melompat, hehehe. Di usia 18 bulan lebih skrg dia dah makin faham banyak instructions. Dah boleh disuruh buat kerja sikit2 especially tolong amik barang, hoho. Skrg bila dia makin faham instructions macam makin senang nak jaga dan kawal dia. Kena cara dia mmg senang beri kerjasama :). 

Dari segi bercakap, Ayyi dah tau sebut dalam 20 perkataan seperti cat, star, car, bear, pokok, duck, truck, beg, amik, bukak, tutup, dukung, air and etc. Dia juga dah hafal dan sebut 1-10, A-Z dan Alif sampai Ya (ada la sikit2 lompong dia takleh sebut, tp dia hafal dan tau huruf apa bila ditanya). Bila kita tanya nama2 kucing kami pun dia boleh sebut Apple, Ee dan Cc. Tapi bila suruh sebut mama dia terus senyap tau. Geram jugak sblm ni, kenapa berat mulut nak sebut mama. Langsung taknak sebut melainkan terdengar dia sebut time menangis. So smlm la dia berulang kali sebut bila ditanya :). Hari ni bila test lagi pun dia ulang "Ma ma". Pasni kita tgu bila la dia boleh sebut "Ayah" pulak. Hehehe. 

Okay, adiosss!


Thursday, February 6, 2014

Moogoo Skincare Review

Hello! 

Kali pertama sy tau pasal produk Moogoo bila join satu support group utk kesihatan ibu dan anak. Ramai mentioned produk ni bagus untuk kulit especially if siapa2 ada kulit sensitif or ekzema. It is a natural based product, namun harganya agak mahal. Seperti Sukin, produk ni juga keluaran Australia. Sy tak penah lagi jumpa produk ni kat mana-mana pharmacy (lg pun asyik shopping kt Jusco depan umah jer, hahaha), sampai la sy ada appointment dengan client kat One Utama last month. 

Masuk jer dari parking sy nampak Caring Pharmacy. Sy sampai awal, so usha2 dulu brg2 dlm pharmacy sblm jumpa client. Fyi, dari dulu sy ni langsung tak kisah handbags, shoes, baju and etc. Sy mmg suka masuk pharmacy tgk produk2 penjagaan atau kesihatan. Sy boleh habis duit beratus2 kat pharmacy saja (>.<). Niat awal sy nak tgk kot2 ada produk Sukin jual kat sini, sy nak tambah facial mask, deodorant dan eye serum. Tp as expected, mmg takde. Then, first time la nampak produk Moogoo ni kat sana. Selama ni dok dgr org ckp jer...

Tengok harga...huiii..betol la org cakap Moogoo ni mmg mahal la jugak. Lebih kurang 2 kali ganda mahal drp Sukin. So belek punya belek punya belek, akhirnya sy sambar 2 produk ni, Moogoo Lightening Cream dan Moogoo Deodorant. Harga lightening cream dalam RM99. Harga deodorant pula dalam RM29 (ke RM39?). 




Kenapa sy beli Moogoo Lightening Cream nih? Maybe boleh baca semula entry sy sebelum ni pasal produk muka yg ada peeling. Sy masih berharap ada produk yg boleh cerahkan semula kulit sy yg kusam dan hilangkan atau pudarkan jeragat sy yg makin meriah, tetapi kali ini secara natural dan selamat. Bila baca label produk ni, katanya boleh la gradually cerahkan kulit. Dah beli balik rumah baru Google produk ni, ada satu testimoni (blog minah salleh) yg katanya dah guna sebulan, nampak la perubahan dlm 20%. 20% tu mcm ciput and lambat sgt kan, tp fair enough for me. Sy bukan nak kulit putih melepak. Just nak bg kulit sama tona warna, buang kulit kusam dan pudarkan sikit jeragat. Sbb based on my past experience, produk yg boleh bg muka putih melepak dlm masa 1-2 minggu jer ni mmg langsung tak selamat dan ada bahan kimia yg bahaya. Tipu la kalau dok claim guna bahan semulajadi jer. Cer tinggal pakai seminggu dua, confirm muka jd lebih teruk. 
 



Dah 20 hari pakai Moogoo Lightening Cream ni. Cream ni masa mula2 sapu agak creamy, terasa berat. Tapi lepas dlm 2 minit terus meresap dlm kulit dan langsung tak berminyak. Seminggu pertama pakai kulit muka jd agak kering, cekang (tegang yg x selesa), mengelupas sikit2 jer sana sini. Very2 light peeling. Muka tak merah pun mcm udang terbakar, just kita sendiri jer rasa tak selesa. So sy kena kerap apply mosturiser bila muka rasa kering dan cekang. Salah satu sebab maybe cuaca jugak, sbb kebetulan seminggu pertama pakai tu sy kt kg Melaka. Time tu tengah "musim sejuk", cuaca mmg agak berangin dan sejuk jer. Kulit muka akak sy pun mengelupas dan kering wpun tak pakai apa2. Seminggu tu jugak tumit kaki sy pecah teruk. Since produk ni pun lightening produk, sy mmg dah expect maybe ada peeling sikit. Kalau tgk kat website Moogoo, boleh baca apa kandungan lightening cream ni. Atau kalau sebenarnya takde proses peeling, mungkin sbb cuaca? 

Seminggu lebih pastu sy pi facial. Baru hilang rasa cekang kt muka tu dan back to normal. Maybe kulit2 mengelupas tu dah terbuang sekali masa facial. Sy pun dah balik semula ke KL. Lepas 2 minggu baru sy rasa kulit muka nampak sedikit cerah, sekata dan jeragat mcm pudar sikit2 ja. Maybe just perasaan, or maybe betol ada perubahan sikit jer. Hahaha. Dalam masa yg sama sy juga gunakan Sukin utk pencuci muka, mosturiser, toner, scrub, serum dan night cream. Mungkin juga dgn kembali berdisiplin jaga muka, muka rasa lebih bermaya. Anyway, bila sy refer to website Moogoo, perubahan ketara akan dpt dilihat dalam masa 4 bulan setelah pakai lightening cream ni. See, 4 bulan. Lama tu. Sbb kalau pakai produk peeling yg byk chemical tu, 1-2 minggu dah bersalin kulit! So masih terlalu awal la kan nak cakap cream ni berkesan, but so far sy suka dan akan teruskan pakai sampai habis. Then sy akan review sekali lg. 

Untuk Moogoo deodorant, sy mmg sukaaaaa sgt2! Sy ni bukan ada ketiak yg bau tengit ye. Sy juga tak penah shave bulu ketiak tau sbb sy mmg xde bulu ketiak. Hahaha. Mesti ramai tak percaya, tp percayalah. Sy dapati kalau deodorant yg ada pewangi dan chemicals ni akan buat bau ketiak jd semacam bila berpeluh, dan warna ketiak makin lama makin gelap kot. Mana ada mencerahkan. Lg pun penah baca isu deodorant mengandungi bahan bahaya yg boleh menyebabkan kanser payudara. Bila pakai Moogoo deodorant ni sy tak bau dah pelik2 bila kawasan ketiak berpeluh, dan sy notice macam tak gelap dah tp slowly makin cerah. Bau Moogoo deodorant ni mmg plain ja, takde pewangi dan aluminium free. Katanya, aluminium ni la selalu digunakan secara meluas dlm deodorant2 yg lain.

 

So far tu jela sy boleh review untuk 2 produk Moogoo ni. In the future rasa nak try pulak produk Moogoo yg lain like facial cleanser, shampoo and body wash. Utk shampoo and body wash boleh la share dgn Ayyi sekali :). Harga produk Moogoo mmg agak mahal, tp kalau boleh bertahan 2-3 bulan berbaloi jugak kan. Lg pun it's chemicals free. 

Okay peeps, bye bye! 

Wednesday, February 5, 2014

Sukin Skincare Review

Hellooo, 

As promised sy nak buat review untuk produk Sukin. Hari ni genap 1 bulan 3 hari guna produk ni. Macam mana saya tau pasal Sukin? Sy dapat tau drp ex-deskmate masa keja kat TM dulu thru FB dia. Hehehe. Dah lama mencari produk yg natural based sejak mengandung. Tambahan sekarang sy masih breastfeed Ayyi. Dah malas nak pakai produk yg terlalu byk bahan kimia ni sebab selalu rasa was2 dr segi kesihatan. So tak penah habis pakai wpun dah beli mahal2...huhu (cerita entry sblm ni). Since review my friend tu mcm best jer, sy pun nak try :). 

Setau sy Sukin ni ada jual kat Watsons dan Vitacare pharmacy. Kebetulan sy ada appointment dgn client kat Amcorp Mall last month dan ternampak ada Vitacare pharmacy kat sana. Lepas habis appointment terus terkinja-kinja pi usha. Apa yg sy beli? Taraaaaa!!



Hamik ko, sekali beli terus borong banyak2! Hahaha. Somehow sy rasa yakin produk ni akan serasi dgn kulit sy dan beli complete set terus; pencuci muka, scrub, toner, moisturiser, firming serum, night cream. Satu lg sebab sy rasa harganya sgt afforable. Total semua RM231.80. Satu set sy borong ni boleh beli sebotol miracle water SKII tu tau (seingat sy). Huhu. Selalunya produk yg less chemical atau lebih organik harganya lebih mahal. Sy paling suka bila baca label setiap satu product ni. Rasa lebih yakin dan selamat la nak tempek kat muka hari2. Muka kak ton ni dah lama tak dapat belaian yg sewajarnya sejak mengandung dulu. Huwahuwahuwa....



So selama sebulan sy sgt bersemangat pakai Sukin setiap hari, pagi dan malam. Seminggu pertama pakai produk ni mmg dah terasa best. Suka dengan bau Sukin ni. Bau dia mcm familiar jer, mcm penah pakai kat tempat facial (akak sy pun cakap menda sama). Btw, mcm sy dah bgtau dalam entry sebelum ni, my skin condition takla bagus sgt, tp takla teruk sgt. Skin nampak improved especially dari segi kelembapan sebab muka sy kan jenis agak kering sebelum ni. Muka pun nampak lebih berseri atau bermaya, mungkin jugak sbb sy dah disiplin menjaga muka dan ikut steps sepatutnya. Jeragat takdela nampak byk perubahan postif, tapi takla makin teruk. However, recently jeragat sy nampak mcm makin pudar dan muka nampak lebih cerah sekata, tp mungkin juga sebab produk Moogoo Lightening Cream yg sy pakai. Produk organik jugak. Nanti sy review psl cream ni pulak ye. Hehe. 

Setiap produk Sukin sy beli ni semua serasi dengan kulit muka kecuali pencuci muka. Sepatutnya sy kena beli jenis cream, bukan jenis foaming liquid sbb muka sy jenis kering. Tapi pakai jenis liquid ni takla rasa muka sy kering sgt pun. Rasa bersih, cuma tak terasa moist selepas cuci. So kena apply moisturiser. Yg penting muka tak naik jerawat sbb sblm ni bila pakai pencuci muka tak sesuai muka sy akan naik jerawat halus2. Semua produk ni especially moisturiser, serum dan night cream boleh pakai dlm kuantiti sikit ja dan menjmatkan. Maybe sbb byk natural oils based, so letak sikit dah cukup. Muka tak nampak berminyak, just nice. Target sy seterusnya nak beli masker muka dan eye serum dia plak. Kulit keliling mata ai ni makin kedut2 uols. Macam2 nak jaga jd org pompuan nih. 

So kesimpulannya Insya Allah sy akan setia dengan Sukin dan habiskan set sy dah beli ni. Hehehe. Tiada lg pembaziran akan berlaku dan semoga muka kak ton boleh menten comel. So pada sesiapa yg teringin nak try produk Sukin ni, harap entry sy dapat membantu :). 

Ok peeps, bye bye! 

Wednesday, January 29, 2014

Pencarian Produk Penjagaan Muka Yang Sesuai

Hello everyone! 

Entry kali ni khas untuk anda2 yang tercari2 produk penjagaan muka/badan yg organik atau lebih semulajadi, bebas kimia, selamat, murah dan best. Kenapa organik? Sejak sy mengandung dan menyusukan anak sehingga skrg, nak makan/pakai apa jer mesti pk pasal baby dulu. The power of love mmg boleh mengubah seorg ibu untuk betol2 menitikberatkan kesihatan luaran dan dalaman tubuh. Dengan adanya Pak Google dan kesedaran sendiri (tak sedar tak guna gak...hahaha) barulah kita tahu selama ni menda kita dok tonyoh kat muka dan satu badan pun ada bahan2 berbahaya yg boleh menjejaskan kesihatan kita dlm jangka masa panjang, dan secara tak langsung ada jugak efek kat baby sekiranya pregnant dan menyusukan anak. Antaranya kandungan kurang molek tersebut boleh google sendiri tentang kesan penggunaan SLS, parabens, mineral oil and etc. Kalau malas nak google klik sini

Kulit muka sy ni idak la lawa sgt, bukan natural beauty. Malu nak tempek gambar close-up kt sini. Tgu muka dah cun baru sy tempek, kahkah. Jelesss sgt tgk kulit org lain yg naturally tulus mulus. Tp apa2 pun sy bersyukur Allah telah menciptakan sy dengan sempurna, apa lg mau kan. Sy berkulit kuning langsat, kulit jenis kering dan sedikit jer oily di T-zone, ada blackheads kat hidung dan ada jugak pigmentation (jeragat) here and there. Pigmentation sy ni sbb keturunan jugak, mak dan akak pun ada. Takla heavy sgt, tp bila makin berumur mcm makin meriah. Pigmentation sy menjadi2 time pregnant sbb hormon. Lepas bersalin kurang sket pigmentation tp kulit masih jd kusam dan nampak gelap. Salah satu sbb sy mmg hampir tak pakai apa2 langsung produk penjagaan muka time preggy. Satu lg sbb penyakit M, malas ya ampun. Sblm pregnant pun sy takla disiplin sgt apply 4 steps menjaga muka (cuci, toner, serum, moisturizer), time pregnant dan selepas bersalin lg la malas. Yg kedua sy mmg jd ragu2 nak apply sbb takut kandungan produk x selamat utk baby, so byk produk sy beli sblm pregnant tak habis pakai sampai skrg. 

Masa zaman belajar degree dan master dulu sy pernah pakai few products termasuk produk Natasya dan NV. Dekat2 final year baru sy explore pakai bila kulit dah start pigmentation yg obvious. Kebetulan kawan2 pun ada pakai dan sy terpengaruh, hahaha. Dua2 produk ni mmg ada proses peeling/bleaching dan pastu muka jd tegang, licin, cerah dan berkilat semacam. Nak tau kenapa sy stop? Mula2 sy pakai Natasya. Sy stop sbb bila masuk 2nd set mcm tak berkesan dah. Untuk NV plak, masa awal2 dok Kolej 12 UPM sy dapatkan car sticker secara haram from my boyfriend so that boleh parking keta kat dalam. Tp kat sticker tu dah tulis nombor plat keta lain dengan permanent marker. Mula2 sy padam dengan air, langsung tak jd apa2. Then sy tgk toner Neutrogena and satu lg tak ingat (beli kat Watsons) ada alcohol based, so sy try tonyoh kuat2. Dakwat permanent marker tu dpt padam sikit2 jer, maybe sbb kandungan alcohol dlm toner tu tak cukup kuat. Buntu. Sekali sy terpandang toner NV sy. Taukan apa function utama toner ni? Peeling. Sy pegang car sticker tu dengan dua jari dan spray sekali jer. Tudiaaaaaaaa! Syiiuuhhhhh...dakwat permanent marker tu turun laju sekali dgn air toner tu. Terkejut berok den! Terus ai campak toner tu dlm tong sampah dan tobat taknak pakai lg produk seumpama ni sampai la skrg. Tp mekasih jugak la sbb membantu ai memadamkan dakwat tersebut dengan berkesan. 

Bayangkan....betapa menghakisnya toner seumpama ni utk kulit kita. Patut la kulit boleh jd makin nipis. Tak lama pastu mmg ada keluar dlm paper psl kandungan produk2 seumpama ni yg melebihi sukatan sepatutnya atau tak sepatutnya dicampur. Kemudian baru la depa ni revise kot. Then bermula la espisod muka dah jd tak berapa lawa kesan pakai produk camni. Bila stop ada efek, kusam. Produk lain sy penah pakai SKII. 2x beli botol miracle water tu dan ada beli cream mlm utk cerahkan kulit gak. Tp kan, muka takde la jd cun pun dan bila sy stop kejap pakai muka naik jerawat sket dan kusam. Dah la harga mahai nak mampus. Dan ada lg la produk lain sy pakai yg sy dah tak ingat nak senaraikan. Isk isk isk, bila pk2 balik ntah2 dah berapa ribu aku spend beli skin care nih. Woman! Tahun lepas fenomena terbaru adalah produk Tabita. Rasa tergodaaaaa la sgt nak beli nak bg muka cantek cantek mcm depa yg pakai. Tp lepas dh byk kali buat research, ku lupakan hasrat ku sbb ku takmau pisang berbuah tiga kali. Ku tekad, pasni kalau nak hilangkan sgt pigmentation tu pi pakar kulit terus, biar diorg buat analisis dan apa2 treatment di bawah pengawasan pakar. 

Tp meanwhile, sy perlukan produk yg bagus untuk menten muka sy sejak dah masuk 3 series ni. Baru la nak takut muka menggeleber dan makin hilang seri. Finally, sy terjumpa jugak 2 produk yg lebih ke arah organik, di mana sy rasa lebih selamat dan bersemangat nak apply hari2 untuk menten kesihatan dan kecantikan wajah. Hahaha, baru nak insaf jd berdisiplin. Sukin dan Moogoo, both produk keluaran Australia. Sukaaaa sgt 2 produk ni. Sukin sy dah pakai hampir sebulan, Moogoo pula dlm 2 minggu. Sy akan buat another entry pasal 2 produk ni, apa yg sy pakai dan kesannya. Tungggguuuuuu....

Till now. Bye bye!

Friday, January 24, 2014

Zul Qushayyi Is 18 Months Old

Bila menjadi sorg ibu, tak sah kalau tak bercakap tentang anak kan? This is my firstborn child, Zul Qushayyi, amanah dan anugerah terindah kurniaan Allah SWT. 


Zul Qushayyi bermaksud Yang Mempunyai Pemikiran Jauh. He was born on 23rd July, 330pm. Semalam genap umur Ayyi 1 tahun 6 bulan. Alhamdulillah, sy juga masih diberi rezeki untuk fully bf Ayyi sehingga sekarang, dan semoga ada lg rezeki untuk Ayyi sehingga umur 2 tahun. 

Fyi, kami jaga Ayyi sendiri. Bak kata kawan2 baik sy, Ayyi ditatang bagai minyak yg penuh...hehe. Iyelah, mamanya freelance, keja ikut waktu sendiri dan byk work from home. Ayahnya pula cuti belajar sepenuh masa selama 3 tahun (study DBA) sejak sy pregnant Ayyi sehingga skrg. Mr hubby yang tak benarkan Ayyi dihantar ke nursery atau baby sitter, nak jaga sendiri. Dia tak perlu hadir kelas, hanya buat dissertation dr rumah dan jumpa lecturer sekali sekala. Mula2 kurang yakin, Alhamdulillah dia mmg boleh jaga Ayyi sekejap dalam 3-5 jam bila sy keluar jumpa clients. Skrg pun Ayyi lsg tak heran bila sy keluar dan balik kerja, seronok duduk dgn ayah dia. Duduk separuh hari pun takpa. Tapi malam tetap cari mama la nak mengempeng time tido. Lepas hubby habis belajar baru la nak pk sama ada hantar Ayyi ke playschool atau amik maid, tengok lah mcm mana. 

Kami seronok diberi peluang menyaksikan perkembangan Ayyi sendiri sejak dia lahir sehingga skrg. Kami ada catatkan perkembangan Ayyi seperti di bawah:

1) Meniarap - 2.5 bulan
2) Gelak apabila diagah - 2.5 bulan
3) Capai dan genggam objek - 4 bulan
4) Fokus tgk tv - 6.5 bulan
5) Minum guna sippy cup sendiri - 7 bulan
6) Duduk tanpa sokongan - 7.5 bulan
7) Mengensot - 8 bulan
8) Duduk sendiri drp meniarap - 8.5 bulan
9) Jalan meniti (cruising) - 8.5 bulan
10) Wean off bottle (hanya pakai cups) - 9 bulan
11) Start flash card - 9 bulan
12) Bye2 - 9 bulan
13) Merangkak - 9.5 bulan
14) Start faham other instructions (salam, kiss, amik bola, main games teka2, baca doa and etc) - 10 bulan
15) Pandai turun katil sendiri - 10.5 bulan
16) Berdiri lepas tangan - 10.5 bulan
17) Start menapak (tatih) - 12.5 bulan
18) Pandai pegang pen/pensel menconteng - 15 bulan
19) Hafal anggota badan - 15 bulan
20) Makan tanpa perlu blend - 15.5 bulan
21) Suap makanan dlm mulut sendiri - 16.5 bulan
22) Hafal alif ba ta sampai ya - 17 bulan
23) Tiru bunyi animals - 17 bulan
24) Hafal 1-10 dan A-Z - 18 bulan
25) Boleh sebut > 10-20 perkataan - 18 bulan

Dalam banyak2 perkataan dia boleh sebut, dia masih belum sebut mama dan ayah secara spontan :P. Bila kita tanya ni apa, ni apa (contoh star, bear, cat, two, eight) dia akan sebut. Bila suruh sebut mama ayah dia senyap. Hahaha. Hanya terdengar dia sebut mama bila dia mengamuk atau menangis. But its okay, mama dia x kisah pun. Slowly but surely Insya Allah dia akan sebut dan pandai bercakap. Time tu sure jenuh nak layan pulak. 

Btw, catatan perkembangan Ayyi ini adalah sbg rujukan peribadi sy sendiri, tiada niat untuk compare dengan sesiapa. Sy tidak pernah comparekan anak sy dengan org lain, melainkan individu itu sendiri bertanya. Sy tak suka sikap membanding2kan baby dengan baby lain (mmg pantang dan meluat) sebab setiap baby ada perkembangan tersendiri dan byk faktor yg mempengaruhi. Mana boleh semua nak sama. Cepat atau lambat perkembangan seorg baby seperti bercakap atau berjalan bukan ukuran kejayaan baby tersebut in the future. So mak ayah, atuk nenek, makcik pakcik, kawan2, chill ya. Unless progress tersebut benar2 di bawah tahap standard perkembangan baby/kanak2 then baru lah kita perlu risau dan refer kepada pakar. Sila rujuk buku kesihatan anak-anak, ada panduan. 

Ok, sampai sini saja. Semoga Allah SWT akan sentiasa memberikan Zul Qushayyi kesihatan yg baik dan melindungi Zul Qushayyi drpd segala perkara tidak diingini, tidak kira di mana dia berada. Later ada masa nak buat post pengalaman semasa mengandung dan melahirkan Ayyi. Syg sungguh malas nak berblogging sblm ni. Banyak simpan kenangan dalam kepala yg entah kekal sampai bila. Kang memory dah penuh kena delete gak, hahaha. So better jot down or save somewhere. Ok, bye bye!





About Me

Secara ringkasnya blog ini adalah kepunyaan seorg wanita yg berumur awal 30an yg kini kembali berminat untuk menulis dan menjadikan blog ini sebagai tempat untuk mengomel dan berkongsi cerita/info. Sy mendapat pendidikan awal di Tabika Londang, Melaka. Kemudian sempat darjah satu di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Beringin, Melaka dalam beberapa bulan jer. Lepas tu family berpindah from Londang ke Tanjung Minyak, lebih dekat dengan bandar. Sy sambung belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka sampai darjah enam. Lepas UPSR, sy dapat offer dan belajar di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan, Pahang. Lepas SPM pula Alhamdulillah dpt offer sambung pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dlm bidang Kejuruteraan Bioperubatan. Sy jumpa cinta pertama dan suami sy di bumi UM :). 

Lepas degree sy masih belum terasa mahu bekerja. So sy decide untuk sambung belajar dlm Master Business Administration di UPM. Ya, bidang yg berlainan, tp sy sgt suka dan gembira dgn keputusan sy. MBA adalah untuk semua, bukan utk background business sahaja. Habis Master, sy pernah bekerja sekejap di forex company dan post graduate company dalam 6 bulan sahaja. Finally, sy dimurahkan rezeki dpt bekerja di TMNet Cyberjaya dlm bidang yg sy minati from Oct 2007 to Dec 2010. Last post sy di TM adalah selaku manager, then sy resigned dan bekerja sbg fulltime unit trust consultant sampai sekarang. Alhamdulillah, sy gembira dgn pekerjaan sy skrg, flexible dan memberi sy byk peluang untuk spend masa dengan keluarga tercinta. Family is my first priority. 

Sy berkahwin pd Nov 2009, dan dikurniakan seorg cahaya mata lelaki pada July 2012. My little one berusia 1 tahun 6 bulan skrg. Sy dan husband sgt2 suka dan sayangkan kucing, kami ada 3 ekor kucing (asalnya 5, tapi 2 ekor x panjang umur) yg kami dah anggap seperti family. Hobi sy? Hobi sy agak terhad bila dah ada anak, hahaha. Siapa yg ada anak, fully jaga anak sendiri dan work from home tau2 la mcm mana kelam kabut dan penatnya. Ikutkan sy dan husband suka tgk wyg, travel, memasak dan beriadah. Satu benda yg sy tak pernah tinggal dan semakin obsess adalah membaca dan membaca especially info berkaitan parenting, penjagaan anak dan kesihatan keluarga. Sy tak perfect dan takkan perfect, sy hanya mahu memberikan yg terbaik kpd keluarga. Bg sy ilmu itu sangat penting dan pembelajaran adalah seumur hidup, bukan hanya di universiti. Bila menjadi sorg isteri dan ibu, automatic anda adalah segalanya untuk keluarga. Anda lah si pemerah susu (bf atau fm), supir, tukang masak, bibik, jururawat, tukang survey barang, cikgu, ustazah, penasihat kewangan dan etc. Tak perlu jd pakar, cukup tahu serba sedikit untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin drp mengikut atau menyerahkan hal tersebut bulat2 kpd org lain. Dengan dunia tanpa sempadan dan info di hujung jari, banyak maklumat boleh dikongsi bersama, tetapi anda harus bijak untuk menapis semua input tersebut. 

Ok, setakat ini tentang empunya blog. Bye bye! 




Wednesday, January 22, 2014

Kata Kata Aluan

Bismillahirrahmanirrahim,

Finally finally finally....sy ada jugak personal blog!!! Berjuta tahniah utk diri sendiri. Dah lama sgt nak berblog tapi bertangguh-tertangguh. Blog ini adalah tempat utk sy mengomel apa sy nak mengomel. So I can write and say anything because this is my blog, this is my territory. Sy tak gila followers, tak gila attention, tak gila glamer, tak gila pujian dan tak gila sanjungan.Tujuan utama buat blog hanya utk kemudahan rujukan utk diri sendiri di masa akan datang, luahan rasa suka duka tentang kehidupan seharian dan sebagai tempat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman tentang topik2 tertentu. Sy memang minat menulis, tetapi bidang penulisan dah lama sy tinggalkan di zaman universiti (Ai penah jd pemenang anugerah hadiah sastera dewan pelajar, menulis cerpen pendek hokay. Haha. Tu pun nak berlagak). Sekiranya blog ini dpt memberi manfaat kepada anda, Alhamdulillah....sedikit pahala utk sy jadikan bekalan ke sana kelak. Sekiranya tiba2 blog ni ada haters, maksudnya ahkak dah fofular ala2 retis gitu...sebab biasanya retis2 fofular jer ada haters. Hahahaha. So sapa suka boleh baca, sapa tak suka sila hijrah ke blog lain ye drp membuat dosa online (ayat skema sapa la ni).

Akhir kata marilah kita berblog secara sihat dan bertamadun, peaceee!